Welcome To My Blog...

Perkongsian tentang kesihatan & kecantikan bersama suplemen semulajadi...SHAKLEE

Saturday 17 December 2011

Kenapa Shaklee Menjadi Pilihan Saya & Harus Menjadi Pilihan Anda


Pertama kali saya mengenali Shaklee pada tahun 2010 di mana saya diperkenalkan oleh Upline saya Pn.Hamidah Zakaria.Terima kasih kak kerana membawa saya ke dunia Shaklee. Pada ketika itu saya bertemu dengannya kerana ingin melakukan facial di rumah sahabat saya. Oleh kerana teruja dengan kesan setelah melakukan facial itu, saya terus bertanyakan kepadanya apakah jenama produk yang digunakan? Die terus mengatakan ‘Shaklee’. Terus terang saya katakan, saya tidak pernah mendengar jenama Shaklee seumur hidup saya!. Rupa-rupanya Shaklee telah lebih 50 tahun di dunia dan lebih 20 tahun di Malaysia. Shaklee juga dikenali sebagai jenama pemakanan tambahan tertua di dunia. 

Saya semakin berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee. Setelah mendengar penerangan daripadanya, saya rasa berminat untuk mencuba sejenis produk Shaklee iaitu Herb Lax dan itulah produk pertama yang saya gunakan untuk menyelesaikan masalah saya ketika itu di mana saya mempunyai masalah sukar membuang air besar. Sehari selepas mengamalkan produk, masalah saya telah dapat diselesaikan.Saya lanjutkan penggunaan selama seminggu  dan hasilnya saya sudah dapat membuang air besar setiap hari dan tiada masalah sembelit lagi. Alhamdulillah…Terima kasih Ya ALLAH kerana pertemukan aku dengan produk yang berkesan. 

Sebulan selepas itu saya terus menghubungi upline saya untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee. Saya terus membeli produk-produk Shaklee yang lain dan memperkenalkan Shaklee kepada kawan-kawan dan keluarga. Itulah permulaan bisnes saya bersama Shaklee. Sehingga kini saya setia bersama Shaklee dan akan terus mengamalkan produk Shaklee untuk kesihatan yang optimum.

Untuk post kali ini saya akan berkongsi dengan anda mengapa anda harus memilih jenama Shaklee:

  Shaklee sentiasa SELAMAT
  • Apa yang dimaksudkan dengan SELAMAT di sini adalah produk Shaklee berasaskan sumber semulajadi. Para saintis Shaklee mencari sumber di merata dunia bagi mendapatkan ramuan semulajadi  daripada sumber alam yang paling tulen, berkesan dan selamat.
  • Oleh kerana ia berasaskan sumber semulajadi, produk-produk Shaklee bebas daripada bahan pengawet, bahan tiruan, bahan pemanis, pewarna, perisa, atau apa-apa kandungan buatan yang lain.
  • Shaklee juga tidak menjalankan ujian terhadap haiwan
  • Apa yang paling penting tiada penggunaan silica gel dalam setiap botol suplemen Shaklee dan ini menunjukkan Shaklee benar-benar asli serta bebas bahan kimia.
  Shaklee sentiasa BERKESAN
  • Shaklee menjalankan 83000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk mengesahkan ketulenan dan keberkesanan produknya. Vita Lea sahaja telah menjalankan 349 ujian kualiti.
  • Lebih daripada 90 kajian dan abstrak yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal saintifik menyokong keberkesanan produk Shaklee.
  • Apa yang anda baca pada label adalah apa yang anda akan perolehi iaitu terjamin setiap masa.
  • Produk Shaklee mengandungi jumlah fitonutrien aktif yang tepat untuk memberi manfaat kesihatan yang optimum kepada pengamalnya.
  • Cara-cara pemprosesan yang berpaten memastikan penyerapan yang mudah dan penggunaan nutrient yang optimum di dalam badan.
  • Penemuan kajian terbaru pada tahun 2007 menunjukkan pengamal suplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen jenama lain mahupun mereka yang tidak mengambil sebarang suplemen langsung.
  Shaklee sentiasa MESRA ALAM
  • Oleh kerana Shaklee berasaskan sumber semulajadi,maka ia mengembalikan apa yang diambil kepada alam sejagat untuk mewujudkan suasana harmoni.
  • Ini terbukti apabila Shaklee mencipta bahan pencuci tidak bertoksik dan boleh mereput dengan sendiri yang pertama di Amerika.
  • Shaklee juga menggunakan bungkusan dan botol yang bebas bisphenol-A, phthalates dan toksik dari dakwat serta boleh dikitar semula.
  • Shaklee telah berjaya menjadi syarikat pertama yang dianugerahi sijil ‘Climate Neutral’ di atas usaha yang diambil bagi meminimumkan penghasilan karbon dioksida supaya tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap iklim sejagat.
  • Shaklee juga telah menjayakan aktiviti menanam 1 bilion pohon pokok di seluruh dunia dengan kerjasama pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Laureato Wangari Maathai.

Itulah antara sebab mengapa anda harus menjadikan Shaklee sebagai suplemen pilihan anda. Walaubagaimanapun terpulang pada anda untuk memilih yang terbaik. Pilihan di tangan anda. Bagi saya Shaklee adalah yang terbaik untuk saya.
Cuma apa yang anda harus ingat MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI. So bertindaklah dari sekarang untuk kehidupan yang lebih baik.


2 comments:

  1. waaa...hebat lah jue.. teringat masa mula2 kita jumpa dulu. moga lebih ramai yang akan dapat manfaat daripada produk shaklee ni. aminnn..

    ReplyDelete
  2. amin...harap2 sume customer kt smkn sihat ngan shaklee...
    tq 4 ur comment...

    ReplyDelete