Welcome To My Blog...

Perkongsian tentang kesihatan & kecantikan bersama suplemen semulajadi...SHAKLEE

Tuesday 20 December 2011

Perbezaan Antara Ubat & Suplemen

Ramai orang yang kurang faham atau keliru di antara ubat dan suplemen (makanan tambahan).  Ada yang enggan mengambil suplemen (makanan tambahan) kerana menganggap ianya seperti ubat-ubatan hanya kerana persamaan dari segi bentuk seperti biji, kapsul dan cecair. Sebenarnya kedua-duanya adalah berbeza. Post kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua apakah perbezaan di antara ubat dan suplemen supaya anda tidak akan keliru dengan kedua-duanya.

UBAT
SUPLEMEN (MAKANAN TAMBAHAN)
Ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi-fungsi dengan mengganggu tindakan biokimia serta proses-proses enzim dalam tubuh badan
Bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim
Ubat tidak akan menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita.
Suplemen sangat penting dalam penghasilan tisu-tisu badan. Jika kita kurang mengambilnya,kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan dan kekal dalam badan. Contoh : Aspirin – menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan, gangguan penglihatan, penghadaman dan akhirnya kematian.
Suplemen tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika berlebihan ia hanya terganggu sementara tetapi tidak membawa maut.
Ubat bertindak secara berasingan. Ianya boleh mengganggu antara satu sama lain dan menghasilkan kesan sampingan.
Suplemen bertindak lebih baik secara satu sama lain. Ia membantu ibarat rantai makanan.Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
Ubat biasanya di makan di pertengahan waktu makan untuk mengelakkan saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.
Suplemen baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman makanan.
Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. Kematian adalah kesan sampingan yang pasti.
Suplemen adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang menyatakan mengenai merbahayanya pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.
Ubat menghasilkan kesan kepada seseorang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu, ia boleh merasai kesan pengambilannya.
Suplemen tidak menghasilkan kesan kepada seseorang. Ianya hanya memberi tindak balas sekiranya zat tersebut ternyata kekurangan dalam tubuh badan.
Ubat bertindak cepat. Seseorang boleh menerima kesannya dalam jangka masa beberapa minit atau jam sahaja.
Suplemen bertindak secara beransur ansur dalam jangkamasa panjang. Ia mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan dan kejayaan.
Ubat merawat tanda penyakit bukan merawat punca penyakit. Ia hanya menutup kesakitan tetapi tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang sakit disebabkan kekurangan ubat. Contoh: sakit kepala – bukan disebabkan kekurangan Aspirin dalam tubuh.
Suplemen bertindak merawat punca penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika kesakitan itu berpunca daripada kekurangan sesuatu zat makanan, pengambilannya dalam makanan dapat mengatasi kesakitan yang dialami.
Ubat perlu diberi pengawasan yang teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang merbahaya.
Pengambilan suplemen tidak memerlukan pengawasan yang rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan. Setiap sel badan hanya boleh menerima bekalan zat makanan ayau suplemen dengan terhad. Apabila keperluan mencukupi, ia tidak akan menerima lagi.
Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.
Orang tua lebih memerlukan lebih banyak bilangan zat makanan kerana faktor kekurangan yang berlarutan  terlalu lama serta penghadaman yang lemah.
Pengambilan ubat yang berlebihan boleh mendatangkan penyakit bukan menyembuhkan penyakit. Contoh : Pengambilan panadol (Paracetamol) yang berterusan boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang.
Suplemen sedia mengawal badan daripada serangan penyakit dengan menguatkan sel-sel badan daripada serangan virus, kuman dan bakteria.






Kesimpulannya ubat mengandungi dadah dan bahan kimia yang membuatkan kita bergantung kepadanya. Adakalanya ubat membuatkan kita ketagih dan sentiasa ingin mengambilnya untuk menampung kesakitan yang dialami.Inilah bahayanya ubat. Oleh itu kita seharusnya tahu keperluan badan kita dan tahu adakah ubat atau suplemen yang dapat memenuhi keperluan tersebut.

Jadi pilihlah suplemen sebagai makanan tambahan anda. Suplemen yang baik pula adalah suplemen semulajadi yang bebas bahan kimia dan tiada silica gel (ubat tahan) di dalam botol atau bungkusannya. Bagaimana pula untuk mendapatkan suplemen semulajadi? Sudah tentulah SHAKLEE adalah jawapannya…

“Jadikanlah makanan itu sebagai ubat kamu dan bukan ubat sebagai makanan kamu.”


1 comment: