Welcome To My Blog...

Perkongsian tentang kesihatan & kecantikan bersama suplemen semulajadi...SHAKLEE

Thursday 19 January 2012

Suplemen Untuk Wanita

Sesiapa yang bergelar wanita perlu baca artikel ini ye…Wanita amat perlukan suplemen dalam kehidupan mereka untuk memastikan kesihatan mereka di tahap yang maksima. Jika kita lihat di zaman moden ini kita terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan terutama wanita. Wanita melalui 6 peringkat dalam kehidupannya iaitu :
  • Akil baligh
  • Pra Kehamilan
  • Kehamilan
  • Pra Menopaus
  • Menopaus
  • Selepas Menopaus 
Oleh itu Shaklee menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pada semua peringkat kehidupannya untuk:
  • Membantu melegakan simptom senggugut dan menopaus 
  • Menggalakkan kulit yang cantik
  • Menggalakkan tulang yang sihat dan kuat
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu melegakan sakit sendi dan lutut.
Produk Shaklee yang ditawarkan untuk wanita adalah :
  • GLA Complex 
  • Ostematrix
  • Omega Guard 
Jom kita lihat satu persatu kebaikan produk tersebut untuk kesihatan wanita.

GLA COMPLEX

GLA adalah singkatan daripada Gamma Linoleik Acid. Ia merupakan sejenis asid lemak Omega 6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin. Prostaglandin pula merupakan hormon yang membantu mengawalatur proses badan yang normal.

Sumber GLA adalah daripada sejenis tumbuhan iaitu Bunga Evening Primrose dan biji bunga matahari. Minyaknya diekstrak dan kajian sains mendapati ia mengandungi asid lemak perlu iaitu Linoleik Acid (LA) dan Gamma Linoleik Acid (GLA) dan Vitamin E. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh didapati dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi jumlah GLA yang lebih tinggi dan mencukupi, suplemen yang mengandungi GLA merupakan alternatif  yang lebih mudah dan menyenangkan apatah lagi pengambilan GLA dan minyak evening primrose dikatakan membantu pelbagai masalah wanita seperti sindrom pra haid (PMS) dan menggalakkan kulit yang cantik untuk wanita. Vitamin E dalam GLA pula membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan meningkatkan intergriti sel.

Oleh itu, wanita amat disarankan mengambil suplemen GLA  kerana pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah penting memandangkan ianya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita. Kepada wanita yang amat mementingkan kecantikan kulit dan dalaman mereka juga disarankan mengambil GLA kerana ia akan membantu menjadikan kulit lebih cantik kerana adanya Vitamin E yang berfungsi untuk mencantikkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan dan anti penuaan.


OSTEMATRIX

Ostematrix merupakan sumber kalsium daripada Shaklee yang amat penting untuk wanita. Kalsium penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi. Keperluan kalsium haruslah berterusan sepanjang hayat seseorang manusia. Bagi wanita keperluannya amat tinggi semasa mengandung dan menyusukan bayi.

Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang akan mengakibatkan osteoporosis di kalangan wanita di mana kepadatan tulang semakin merosot dan meningkatkan risiko keretakan atau patah pada tulang. 

Untuk mendapatkan keperluan kalsium yang mencukupi, wanita disarankan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3-4 sajian keluaran tenusu setiap hari seperti susu rendah lemak dan susu soya yang rendah glisemik. Walaubagaimanapun ada sesetengah wanita yang kurang menggemari susu. Disebabkan perkara inilah ramai di kalangan mereka mengalami kekurangan kalsium dalam badan. Oleh itu sebagai alternatifnya, mereka disarankan mengambil sumber kalsium daripada pil atau tablet yang mudah ditelan.  Shaklee telah dapat menghasilkan produk dalam bentuk pil yang mudah ditelan untuk sumber kalsium yang begitu unik iaitu Ostematrix. Ia membekalkan :
  • 1000mg (100% pengambilan harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap daripada alam semulajadi
  • 400mg (100% pengambilan harian) unsur magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400IU (100% pengambilan harian) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.
4 biji sehari pengambilan Ostematrix dapat melengkapkan keperluan kalsium bagi wanita. Ostematrix memberi kebaikan kepada wanita iaitu :
  • Menguatkan tulang dan gigi
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti  perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

Kepada semua wanita yang amat mementingkan kesihatan, anda disarankan mengambil Ostematrix untuk penjagaan tulang anda.


OMEGA GUARD

Satu lagi suplemen yang baik untuk wanita adalah Omega Guard. Apa itu Omega? Omega merupakan sejenis minyak ikan yang diperolehi daripada laut dalam. Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega 3 yang tulen dan bergred farmaseutikal.  Apa yang dimaksudkan di sini ialah ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan propietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega 3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan yang merbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat pada kebanyakkan ikan laut dalam. Ia mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak  omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA, dan lain-lain lagi.

Mengapa omega penting untuk wanita? Di dalam omega terdapat sejenis asid lemak iaitu EPA yang berfungsi untuk menyihatkan jantung dan sendi. DHA pula penting untuk perkembangan dan fungsi otak. Satu penyelidikan mendapati pengambilan asid-asid lemak omega 3 seperti EPA dan DHA boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari di kalangan wanita. Paras asid lemak yang tinggi juga dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.

Wanita yang mengandung disarankan mengambil Omega di peringkat trimester II dan III kehamilan. Ini kerana omega mengandungi DHA yang dapat membantu perkembangan dan fungsi otak bayi dalam kandungan. Bagi wanita yang menyusukan anak  juga digalakkan mengambil omega untuk meningkatkan kandungan DHA dalam susu ibu. Secara tidak langsung meningkatkan kesihatan jantung ibu dan melancarkan fungsi saraf otak ibu serta anak.


Suplemen untuk Wanita

Inilah dia 3 suplemen penting untuk kesihatan wanita, Kepada mereka yang ingin mendapatkan suplemen ini dengan harga yang istimewa sila hubungi saya ye....
Jue :016-7766459 / 017-7150447
    

No comments:

Post a Comment