Welcome To My Blog...

Perkongsian tentang kesihatan & kecantikan bersama suplemen semulajadi...SHAKLEE

Friday 23 December 2011

Perbezaan Di Antara Vitamin Semulajadi & Vitamin Sintetik

Post yang lalu saya telah berkongsi dengan anda semua berkenaan perbezaan di antara ubat dan suplemen. Di harap anda semua faham dan dapat membezakan kedua-duanya. Post kali ini pula saya ingin berkongsi dengan anda semua perbezaan di antara Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik pula. Mungkin ada di luar sana yang tidak tahu apa itu vitamin semulajadi dan vitamin sintetik. Jom kita kaji perbezaan kedua-duanya:-

KATEGORI
VITAMIN SEMULAJADI
VITAMIN SINTETIK
PENGHASILAN
Dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber.
Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi daripada pengambilan pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat-seratnya.
Dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan  bahan yang terdapat di dalam vitamin.
Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.


KESERASIAN DENGAN BADAN
Dihasilkan dari bahan-bahan  makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh.
Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

Walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin semulajadi, apatah lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan.
Tahukah anda tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik!

HARGA
Harganya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan-bahan  semulajadi dan memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma sahaja.

KESAN PADA TUBUH BADAN
Mengambil intipati dari bahan-bahan semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum.
Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ‘solo’.
Contohnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita harus  mengambil magnesium dan vitamin D dari sumber lain.
Begitu juga dengan vitamin-vitamin lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.


KESAN JANGKA PANJANG
Tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Begitulah perbezaan antara vitamin semulajadi dan vitamin sintetik. Shaklee sudah tentunya tergolong dalam kategori vitamin semulajadi.Walaupun harganya agak mahal (bagi sesetengah orang) namun khasiatnya amat berbaloi dengan wang yang kita laburkan. Shaklee tidak mengandungi bahan kimia, diproses secara semulajadi dan pastinya tiada perasa serta pewarna tiruan yang boleh memberikan kesan buruk kepada manusia. Oleh itu pilihlah Shaklee sebagai makanan tambahan anda sekeluarga.


No comments:

Post a Comment