Welcome To My Blog...

Perkongsian tentang kesihatan & kecantikan bersama suplemen semulajadi...SHAKLEE

Thursday 19 January 2012

Sihat Semasa Hamil Dengan Suplemen Shaklee

Anda hamil? Pasti seronok kan jika doktor mengesahkan anda hamil. Memang tidak dapat dinafikan kehamilan merupakan suatu yang menyeronokkan bagi wanita yang sudah berumahtangga. Waktu inilah mereka harus berwaspada dengan apa yang dimakan dan apa jua yang mereka lakukan kerana dikhuatiri akan mengalami keguguran atau masalah lain ketika hamil.

Jadi jika anda inginkan kehamilan anda berjaya sehingga melahirkan, anda seharusnya mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Untuk pengetahuan ibu-ibu hamil di luar sana, semasa mengandung si ibu perlu khasiat yang lebih dari biasa untuk diri sendiri dan janin yang dikandung. Mereka perlu makan makanan seimbang seperti buah-buahan, sayuran, bijirin wholegrain dan kekacang. Elakkan makanan segera seperti burger, minuman bergas dan makanan yang tinggi kandungan perasa dan pengawet kerana ia akan mengganggu tumbesaran bayi dalam kandungan. 

Jom kita baca apakah makanan yang seharusnya diambil oleh ibu-ibu yang mengandung :
  • Produk tenusu & ikan sardin dalam tin - untuk menguatkan tulang dan sumber kalsium ibu dan bayi.
  • Ayam,  yogurt & kekacang - untuk pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh
  • Ikan, minyak zaitun & avocado – untuk pertumbuhan dan merangsang otak bayi
  • Kekacang lentil & makanan berbijirin penuh – untuk mencegah kecacatan saraf otak sewaktu kelahiran
  • Strawberi & lada benggala - Langkah pencegahan kelahiran pra-matang
  • Telur, kekacang & daging tanpa lemak - Untuk pertumbuhan otot dan organ dalaman
Semua makanan diatas boleh didapati dalam pemakanan seharian kita. Tetapi  adakah kita mampu untuk makan semua itu semata-mata? adakah kita mampu hendak makan strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Di sinilah perlunya vitamin-vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita dan menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak mencukupi dalam diet kita. Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung. Pasti kita inginkan yang terbaik untuk bayi kita kan.

Jom kita baca pula apakah vitamin-vitamin Shaklee yang disyorkan untuk kehamilan.

 OSTEMATRIX - 4 BIJI MALAM SEBELUM TIDUR

Ibu  yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari. Ostematrix  Shaklee ini mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral lain yang membantu penyerapan kalsium. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.  Ia sumber kalsium yang selamat kerana tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah. Sekiranya ibu mengandung kekurangan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya akan menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

ENERGIZING SOY PROTEIN - MINUM SEHARI SEKALI SELEPAS SARAPAN

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk di samping memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Kandungan  protein di dalam ESP membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Ia semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus. Terdapat testimoni ibu hamil yang mengamalkan pengambilan ESP mendapati kulit bayi mereka sangat cantik, gebu dan licin. Jadi jika anda inginkan bayi anda sihat dan cantik pastikan anda mengamalkan pengambilan ESP seawal usia kandungan sebulan sehinggalah melahirkan.

B COMPLEX - 1 BIJI SEHARI SELEPAS MAKAN TENGAHHARI

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia lengkap dengan asid folik dan juga 8 vitamin B yang lain. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu yang mengandung  memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.  Ia penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk. Oleh itu pastikan anda menjadikan suplemen B Complex ini sebagai suplemen harian anda sepanjang tempoh kehamilan.

VITAMIN C - 1 BIJI SEHARI SELEPAS MAKAN TENGAHHARI

Vitamin C Shaklee penting untuk melindungi sel dalam pembinaan kolagen serta membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan di samping untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat serta meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

VITA LEA IRON FORMULA - 1 BIJI SELEPAS MAKAN TENGAHHARI

Vita-Lea Iron Formula adalah multivitamin, jadi ibu-ibu hamil tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) yang amat diperlukan untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan. Jika anda menghidapi masalah Hb rendah, selalu pening atau pitam dan anemia amatlah digalakkan mengambil suplemen ini kerana ada testimoni ibu hamil yang mempunyai bacaan Hb di bawah <7, tetapi setelah mengamalkan Vita Lea dan B complex Shaklee Hb naik kepada 12. Untuk pengetahuan Ibu-ibu hamil, bacaan hb yang rendah amat merbahaya kerana berisiko untuk mengalami keguguran dan bayi pra matang. Bacaan yang normal adalah 11 dan ke atas.

OMEGA GUARD - 1 BIJI SEHARI SEBELUM TIDUR 

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukannya Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega amat penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan dan menstabilkan tekanan darah supaya ibu tidak menghidapi tekanan darah tinggi yang boleh memberi risiko buruk kepada bayi.

Set Untuk Kehamilan
Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh bayi dalam kandungan  bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Semasa mengandung pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, dan sentiasa mengantuk. Ibu juga tidak mampu bergerak cergas kerana keadaan perut yang semakin membesar. Oleh itu, pertumbuhan bayi yang dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna. Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi.

Jika anda sedang hamil dan ingin mengamalkan suplemen Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan set untuk kehamilan dengan harga yang menarik.
Jue : 016-7766459 / 017-7150447