Welcome To My Blog...

Perkongsian tentang kesihatan & kecantikan bersama suplemen semulajadi...SHAKLEE

Thursday 19 January 2012

Suplemen Untuk Lelaki

Lelaki juga memerlukan suplemen seperti wanita. Mereka tidak terkecuali menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Selain daripada itu masalah kesihatan khusus lelaki seperti mati pucuk dan kanser prostat turut menghantui para lelaki di Malaysia. Jadi pencegahan seharusnya dimulai sebelum mereka lebih berisiko menghadapi penyakit-penyakit yang tidak diingini ini.

Shaklee menawarkan suplemen untuk membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki iaitu :
  • Zinc Complex
  • Vita E Complex
  • Omega Guard
Ketiga-tiga suplemen ini  secara keseluruhannya memberi kebaikan seperti :
  • Memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolesterol yang sihat
Jom kita lihat apakah kebaikan setiap satu suplemen ini.

ZINC COMPLEX

Zinc merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses tumbesaran dan perkembangan tubuh badan. Ianya hadir di dalam tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia.

Satu tablet sehari sudah cukup untuk membekalkan 100% nilai harian bagi zinc.

Bagi lelaki zinc amat penting dalam sistem reproduktiviti. Ia membekalkan nutrien kepada sistem pembiakan lelaki di samping memelihara kesihatan keseluruhan sistem tersebut. Kajian mendapati pengambilan zinc di di kalangan lelaki dapat mengurangkan pembengkakkan pada kelenjar prostat dan mengatasi masalah yang berkaitan dengan sistem pembiakan lelaki.

Oleh itu pengambilan zinc amat digalakkan oleh golongan lelaki untuk mencegah penyakit dan masalah yang berkaitan dengan kesihatan lelaki seperti kanser prostat dan sebagainya.

VITA E COMPLEX

Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan keimunan. Bagi lelaki vitamin E memberi kebaikan dalam mencegah kanser prostat.
Satu kapsul gel lembut Vitamin E membekalkan 400IU vitamin E daripada sumber semulajadi dan 10mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti Vitamin E.

OMEGA GUARD

Omega Guard turut disarankan kepada golongan lelaki memandangkan mereka juga berisiko menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan stroke. Khasiat yang terkandung dalam omega berupaya mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular.

Satu hidangan omega guard membekalkan 990mg asid lemak omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard Shaklee.

Kesimpulannya, jika anda seorang lelaki yang mementingkan kesihatan, bermulalah dari sekarang untuk mengamalkan pengambilan ketiga-tiga suplemen ini untuk memcegah anda daripada di jangkiti penyakit-penyakit yang tidak diingini.

Suplemen Untuk Lelaki
 
Jika anda ingin mendapatkan suplemen ini hubungi saya ye...
Jue : 016-7766459 / 017-7150447



No comments:

Post a Comment