Kesihatan
yang baik bergantung kepada kualiti pemakanan yang baik. Badan kita terdiri
daripada berjuta-juta sel yang memerlukan vitamin, mineral dan zat galian yang
mencukupi bagi menjamin tahap kesihatan yang optima.
Pelbagai
jenis penyakit di zaman moden ini adalah berpunca daripada tabiat pemakanan
yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat. Nabi s.a.w pernah
bersabda yng bermaksud :
“Perut
itu rumah penyakit. Diet (pemakanan) itu ubat utama”. (Riwayat Sahih Muslim)
Kita
memerlukan 40 jenis zat untuk mengekalkan kesihatan yang sepatutnya didapati
melalui makanan harian kita. Namun amat sukar bagi kita untuk mendapatkannnya
disebabkan beberapa faktor. Jom kita lihat faktor-faktor tersebut:
1. Pencemaran
alam sekitar dan bahan-bahan penyebab kanser.
Pencemaran alam seperti pencemaran
air misalnya menyebabkan kita tidak dapat menikmati sumber air yang benar-benar
bersih padahal kita tahu air amat penting dalam kehidupan. Badan manusia sahaja
terdiri daripada 70% air. Jadi bagaimana kita ingin menghasilkan badan yang
sihat sekiranya air yang kita minum setiap hari tercemar dengan bahan-bahan
pencemaran?. Bahan kimia seperti karsinogen pula merupakan sejenis bahan kimia
bertoksik yang sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kanser. Biasanya ia
terdapat pada asap kenderaan, asap rokok dan bahan-bahan buangan sampah sarap.
Oleh itu pengambilan suplemen seperti Vitamin
A, Vitamin C dan Vitamin E amat penting untuk melindungi tubuh kita
daripada radikal bebas dan bahan-bahan penyebab kanser.
2. Badan kita memerlukan sesetengah nutrien dengan dos yang lebih.
Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih
nutrient yang boleh membekalkan antioksidan dan meningkatkan sistem imun seperti
Vitamin A, C dan E. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien
yang mengandungi protein amat penting bagi membantu proses baik pulih sel yang
rosak dan proses penghasilan sel-sel baru. Untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan
anak pula, mereka sangat memerlukan jumlah nutrien yang lebih tinggi dosnya
untuk menampung keperluan bayi dalam kandungan dan menghasilkan susu yang
berkualiti untuk bayi mereka.
3. Buah-buahan
dan sayur-sayuran mungkin tercemar atau terjejas kualitinya.
Kita lazimnya memilih sayuran atau
buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Namun
tahukah anda kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang nampak lazat dan segar
itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakkan sayuran dan buah-buahan di pasaran
kini diselaputi dengan racun serangga yang merbahaya dan bahan pengawet untuk
membolehkan ia tahan lama. Apatah lagi sekarang ini penggunaan baja kimia amat
meluas di ladang buah-buahan atau sayur-sayuran. Oleh itu, kita sebagai
pengguna harus bijak memilih. Pilihlah sayuran atau buah-buahan yang ditanam
secara organik kerana penanaman secara organik lebih selamat dan terjamin
kualitinya.
4. Mengamalkan
gaya hidup yang kurang sihat.
Gaya hidup yang kurang sihat
seperti merokok, kurang bersenam, makan lewat malam dan sebagainya mengundang
pelbagai masalah kesihatan. Begitu juga dengan mereka yang bekerja. Pulang
lewat malam dan kurang rehat menyebabkan mereka merasa letih dan tidak bermaya.
Tekanan di tmpat kerja pula menyebabkan stress dan stress membawa kepada
kemusnahan nutrien penting iaitu Vitamin C dan Vitamin B. Oleh itu, mereka yang
mengalami stress disarankan mengambil suplemen Vitamin C dan Vitamin B kerana
kedua-dua vitamin ini berupaya mengawal stress yang dialami oleh
seseorang. Bagi mereka yang gemar makan
lewat malam seharusnya menghentikan tabiat buruk mereka ini kerana ia akan
menyebabkan pengumpulan lemak yang berlebihan dan menyebabkan peningkatan
kolesterol. Apabila kolesterol meningkat, timbullah penyakit-penyakit seperti
tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung.
5. Kebanyakkan
rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa.
Jika kita lihat tabiat pemakanan rakyat Malaysia memang agak
mengejutkan. Mereka makan mengikut selera rasa. Misalnya nasi lemak yang
dulunya hanya dinikmati pada waktu pagi kini boleh dinikmati pada bila-bila
masa terutama waktu malam. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh nikmati 24
jam di kedai-kedai mamak dan kedai-kedai makanan segera lain. Restoran Fast
Food pula kini tumbuh bak cendawan selepas hujan menyebabkan rakyat Malaysia
menjadikannya sebagai pilihan untuk menikmati makanan yang cepat dan lazat.
Tetapi di sebalik kelazatannya mereka tidak sedar pengambilan makanan yang
berlemak, manis dan makanan segera boleh merosakkan sistem tubuh secara senyap.
Tanpa disedari mereka menghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi
dan buah pinggang.
6. Gangguan
penyerapan nutrisi daripada makanan.
Adakah anda penggemar makanan atau minuman berkafein? Tahukah
anda kafein boleh menghalang penyerapan sesetengah nutrisi ke dalam tubuh?.
Contohnya Vitamin D, magnesium dan kalsium tidak akan dapat diserap dengan baik
sekiranya di ambil bersama minuman berkafein seperti kopi dan teh. Oleh itu
sekiranya anda ingin mengambil suplemen, pastikan anda bukan dari golongan
penggemar kopi dan teh.
7. Kehilangan
nutrien dalam makanan.
Menyediakan makanan kegemaran untuk keluarga tersayang
adalah perkara yang sangat
menyeronokkan. Tetapi adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang
terdapat di dalam makanan tersebut?. Bahan- bahan makanan dari ladang akan
kehilangan nutrisi melalui proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran.
Penyimpanan makanan di dalam peti sejuk pula mengakibatkan makanan kehilangan
nutrisi lagi akibat suhu yang terlalu sejuk. Kemudian, cara memasak yang
terlalu lama dan menggoreng menggunakan minyak berlebihan menyebabkan makanan
hilang nutrisi lagi. Jadi apa nutrien yang kita boleh dapati daripada makanan
tersebut? Tiada nutrisi pun yang tinggal. Semua nutrisi hilang begitu sahaja
semasa proses penyediaan. Oleh itu, untuk mengekalkan nutrisi dalam makanan,
janganlah dimasak terlalu lama. Cara memasak juga hendaklah di rebus atau di
panggang sahaja.
Inilah
7 faktor mengapa anda perlu mengambil suplemen dalam diet pemakanan anda.
Suplemen yang anda ambil pula haruslah suplemen semulajadi dan bebas bahan
kimia. Bagaimana ingin mendapatkan suplemen semulajadi?. SHAKLEE adalah
jawapannya. Shaklee merupakan jenama suplemen semulajadi yang bebas bahan kimia
dan selamat digunakan untuk sesiapa jua yang mementingkan kesihatan.
“Kesihatan
adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda
merasainya, apabila anda melihatnya. Kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang
menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutrisi
Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada
berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan
nutrisi Shaklee”.
(dipetik daripada
website Shaklee; http://www.shaklee.com.my).
No comments:
Post a Comment