Anda hamil? Pasti seronok kan jika doktor mengesahkan anda hamil.
Memang tidak dapat dinafikan kehamilan merupakan suatu yang menyeronokkan bagi
wanita yang sudah berumahtangga. Waktu inilah mereka harus berwaspada dengan
apa yang dimakan dan apa jua yang mereka lakukan kerana dikhuatiri akan
mengalami keguguran atau masalah lain ketika hamil.
Jadi jika anda inginkan
kehamilan anda berjaya sehingga melahirkan, anda seharusnya mengamalkan
pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Untuk pengetahuan ibu-ibu hamil di luar
sana, semasa mengandung si ibu perlu
khasiat yang lebih dari biasa untuk diri sendiri dan janin yang
dikandung. Mereka perlu makan makanan seimbang seperti buah-buahan, sayuran,
bijirin wholegrain dan kekacang. Elakkan makanan segera seperti burger, minuman
bergas dan makanan yang tinggi kandungan perasa dan pengawet kerana ia akan
mengganggu tumbesaran bayi dalam kandungan.
Jom kita baca apakah makanan yang seharusnya
diambil oleh ibu-ibu yang mengandung :
- Produk tenusu & ikan sardin dalam tin - untuk menguatkan tulang dan sumber kalsium ibu dan bayi.
- Ayam, yogurt & kekacang - untuk pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh
- Ikan, minyak zaitun & avocado – untuk pertumbuhan dan merangsang otak bayi
- Kekacang lentil & makanan berbijirin penuh – untuk mencegah kecacatan saraf otak sewaktu kelahiran
- Strawberi & lada benggala - Langkah pencegahan kelahiran pra-matang
- Telur, kekacang & daging tanpa lemak - Untuk pertumbuhan otot dan organ dalaman
Semua makanan diatas boleh didapati
dalam pemakanan seharian kita. Tetapi adakah
kita mampu untuk makan semua itu semata-mata? adakah kita mampu hendak makan
strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Di sinilah
perlunya vitamin-vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan
seharian kita dan menampung mana-mana
ruang-ruang nutrisi yang tidak mencukupi dalam diet kita. Hasilnya untuk
jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung. Pasti kita
inginkan yang terbaik untuk
bayi kita kan.
Jom kita baca pula apakah vitamin-vitamin Shaklee yang disyorkan
untuk kehamilan.
OSTEMATRIX - 4 BIJI MALAM SEBELUM TIDUR
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium
sehari. Ostematrix Shaklee ini mengandungi
kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral lain yang membantu penyerapan
kalsium. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium
berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta
menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium
sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang
bayi. Ia sumber kalsium yang selamat
kerana tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan
produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki
rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung
serta menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah. Sekiranya ibu mengandung
kekurangan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan
penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan
sendirinya akan menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi
dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia
tua.
ENERGIZING SOY PROTEIN - MINUM SEHARI SEKALI SELEPAS SARAPAN
Ianya sangat penting untuk membina dan
memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan
oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan
kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan
yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi
mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk di samping memelihara
dan mengelakkan janin menjadi cacat. Kandungan
protein di dalam ESP membantu membekalkan asid amino yang bertindak
membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah
mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan
untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Ia semakin penting ketika
memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus. Terdapat
testimoni ibu hamil yang mengamalkan pengambilan ESP mendapati kulit bayi
mereka sangat cantik, gebu dan licin. Jadi jika anda inginkan bayi anda sihat
dan cantik pastikan anda mengamalkan pengambilan ESP seawal usia kandungan
sebulan sehinggalah melahirkan.
B Compleks
Shaklee adalah unik kerana ia lengkap dengan asid folik dan juga 8 vitamin B
yang lain. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi
mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi
khususnya 'spina bifida'. Ibu yang mengandung
memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Ia penting bagi menjamin keperluan asid folik
ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh
awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini
boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Oleh itu pastikan anda menjadikan suplemen B Complex ini sebagai suplemen
harian anda sepanjang tempoh kehamilan.
VITAMIN C - 1 BIJI SEHARI SELEPAS MAKAN TENGAHHARI
Vitamin C
Shaklee penting untuk melindungi sel dalam pembinaan kolagen serta membina dan
menguatkan sel-sel tisu dalam badan di samping untuk gusi dan gigi yang sihat.
Ianya juga membantu dalam penghadaman zat serta meningkatkan taraf sistem
pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita
makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu
mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan
hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
VITA LEA IRON FORMULA - 1 BIJI SELEPAS MAKAN TENGAHHARI
Vita-Lea
Iron Formula adalah multivitamin, jadi ibu-ibu hamil tidak perlu mengambil
obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) yang amat diperlukan untuk
pertumbuhan bayi dalam kandungan. Jika anda menghidapi masalah Hb rendah,
selalu pening atau pitam dan anemia amatlah digalakkan mengambil suplemen ini
kerana ada testimoni ibu hamil yang mempunyai bacaan Hb di bawah <7, tetapi
setelah mengamalkan Vita Lea dan B complex Shaklee Hb naik kepada 12. Untuk
pengetahuan Ibu-ibu hamil, bacaan hb yang rendah amat merbahaya kerana berisiko
untuk mengalami keguguran dan bayi pra matang. Bacaan yang normal adalah 11 dan
ke atas.
Ianya sangat penting dalam membantu
pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukannya Mengandungi DHA yang
sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega amat penting untuk
pembentukan otak dan mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras
kolesterol dalam badan dan menstabilkan tekanan darah supaya ibu tidak
menghidapi tekanan darah tinggi yang boleh memberi risiko buruk kepada bayi.
Set Untuk Kehamilan |
Penjagaan pemakanan amat penting
ketika mengandung kerana banyak
zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh bayi dalam kandungan bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim.
Semasa mengandung pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat,
lenguh-lenguh sendi, dan sentiasa mengantuk. Ibu juga tidak mampu
bergerak cergas kerana keadaan perut yang semakin membesar. Oleh itu,
pertumbuhan bayi yang dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna. Peliharalah
kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi.
Jika anda sedang hamil dan ingin mengamalkan
suplemen Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan set untuk kehamilan
dengan harga yang menarik.
Jue : 016-7766459 / 017-7150447
email : jue.afn@gmail.com